ALLAH ! Akhirnya Azarul Dedah Bagaimana Dia Boleh Hidup Selama 7 Hari ... Rupanya 'DIA' Yg Jaga Azarul


Kajang: Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20, yang ditemui selamat semalam, selepas hilang selama tujuh hari di Bukit Broga 'dijaga' seseorang.

Bapa saudaranya, Ahmad Saad, 59 berkata, Azarul ada memberitahunya dia dijaga seseorang ketika kehilangannya di Bukit Broga.

"Namun dia (Azarul) tidak mendedahkan siapa dan bagaimana orang yang menjaganya itu, dia hanya memberitahu makan buah hutan dan minum air terjun untuk kelangsungan hidup.

"Keadaannya kini bertambah baik dan kami berharap dia dapat dibenarkan pulang dalam masa terdekat dan akan membawanya pulang ke Kedah," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang di sini, hari ini.

Mohd Azarul sebelum ini hilang selama tujuh hari selepas mendaki Bukit Broga pada 22 Januari lalu.

Dia bagaimanapun berjaya ditemui empat pendaki termasuk dua warga Britain pada jam 9.30 pagi dalam keadaan keletihan serta berkaki ayam kira-kira 250 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


loading...

loading...


Isu Semasa 5063466478132528270
item